Khamis, 29 Mac 2012

PORTAL OLL PPG IPGKSAH


MAKLUMAT DARI E-NOTICEBOARD 

Semua pelajar PPG yang berdaftar di IPG Kampus Sultan Abdul halim boleh melayari Portal Pendidikan Online PPG dengan menggunakan maklumat seperti berikut:
  • URL : http://ipgm.info.tm/ksah
  • Username: No. KP pelajar tanpa sengkang (cth: 690624085745)
  • Password: No. KP pelajar tanpa sengkang (cth: 690624085745)
Untuk bantuan hubungi : rodiris69@yahoo.com

sekian, terima kasih.

En. Md. Rodi bin Idris,
Penyelaras OLL PPG KSAH

Jumaat, 23 Mac 2012

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Dapat satulink  bagus untuk KKP Literasi Nombor sambil tu bleh buat nota untuk study UAK. Antaranya


perkembangan pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan  oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagnedan Dienes


teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.


idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!


SELAMAT BER "KKP"

Rabu, 21 Mac 2012

BAHAN KKP LITERASI NOMBOR

Antara link bahan : http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya
                           

HANYA PERKONGSIAN “PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF”

1.0         KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF



Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh  persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek  iaitu  persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.       
1.1         Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :
1.2         Persekitaran Psiko-Sosial
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi.

1.3         Peraturan Bilik Darjah
Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.
  
1.4         Rutin Bilik Darjah
Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas. 

2.0       KONSEP BILIK DARJAH
Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirri-ciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran.
Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah.
Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi  adalah satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup).
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran.  
            2.1       Bilik Darjah Yang Kondusif
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa.
Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.

Isnin, 19 Mac 2012

KKP TITAS

BUAT PERBANDINGAN DIALOG TAMADUN

KKP TITAS WAJ 3101

KUMPULAN 15%(4 m/s)

A. Latar Belakang Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India.


B. Maksud dialog antara tamadun

1. hurai tujuan dialog-untuk berubah, 
2. ciri-ciri projek sisi dlm komuniti sendiri/lain, 
3. harus mempunyai kejujuran,
4. tidak melakukan perbandingan,
5. harus definisi diri sendiri &diterima dgn lapang dada, 
6. mampu kawal diri, 
7. hanya mampu terjadi antara pihak yg setaraf, 
8. mempunyai sikap kritis, 
9. memahami agm dlm meletakkannya sbg dasar

C. Nilai-nilai persamaan antara tamadun-tamadun utama yg mempengaruhi pembinaan tamadun malaysia.

1. Alam sekitar
2. Kekeluargaan
3. Idea intelek
4. Teologi (agm)
5. Pendidikan

INDIVIDU 75% (6 m/s)

1. Jelaskan pandangan anda tentang cabaran -cabaran dialog antara tamadun dlm konteks msykt majmuk di Malaysia.

Ust Azmi

Ahad, 18 Mac 2012

JPT KKBI PIM 3101 ( PENGENALANKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH )

Berikut adalah garis panduan KKBI PIM 3101 (Ustaz Ishak) boleh download di sini

Antara isi tugasan



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARULAMAN.


TUGASAN PROJEK (KKBI)

TAJUK PROGRAM  : PPG  NAMA GURU PELATIH  :

TAJUK KURSUS  : PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

KOD KURSUS      : PIM 3101

SEMESTER  : 1/2012
TARIKH MULA     : 17 MAC 2012  TARIKH HANTAR  : 14 APRIL 2012

Hasil Pembelajaran Kursus

1.  Menghurai  perkembangan  pendidikan  Islam  zaman Rasulullah  s.a.w.,  Khulafa’
al-Rasyidin dan pendidikan Islam di Malaysia.
2.  Menganalisis sukatan Pelajaran Pendidikan  Islam sekolah  rendah, penggunaan
Buku Teks dan Buku Panduan Guru.
3.  Menghurai sukatan pelajaran, pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan
Pertama Tahun Satu dan model-model program  j-QAF.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran  3.

Objektif Projek

1.  Mencerakinkan tajuk dan bidang pendidikan Islam sekolah rendah dari tahun 1
hingga tahun 6.
2.  Membina rancangan pengajaran tahunan atau semester dan rancangan
pengajaran mingguan.
3.  Membina satu rancangan pengajaran harian terkini(KSSR) dan (KBSR)

Tajuk Projek

Mencerakinkan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah

mulai  tahun  1  hingga  tahun  6  serta  membina  rancangan  pengajaran  tahunan,
mingguan dan harian.

Tugasan Projek (50%)

Sub-tugasan
1.  Cerakinkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam SR
Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.  Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) .
3.  Membina rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian

Jumaat, 16 Mac 2012

TUTORIAL 2 : PIM 3102

TAJUK 3 : ASAS-ASAS PEMBINAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH link down load nota dibawah
KONSEP
MATLAMAT

TUTORIAL 2 : TITAS (INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN)

(Sinopsis untuk KKP)
Maksud Interaksi : perhubungan , komunikasi yg berlaku antara kelompok masyarakat

JENIS INTERAKSI

a. Interaksi Fizikal
b. Interaksi teologi (agm)
c. Interaksi teknologi
d. Interaksi Budaya (pakaian, muzik, lukis)

FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI

1. Geografi
2. Perdagangan
3. kepimpinan
4. peranan agama dan budaya.
5. pengalaman sejarah

CABARAN DAN HALANGAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

1.Kedaerahan
2. Semangat nasionalisma yang sempit
3. Kaum migran dan bukan migran
4.Bahasa
5. Agama dan Kepercayaan
6. Budaya
7. Penguasaan ekonomi
8.Penguasaan politik
9.Dialog kumpulan yg dominan
10.Pemikiran penjajah
11.Penguasaan teknologi
12.Konflik dan pergaduhan antara etnik
13.Peperangan dan Keselamatan
14.Tradisional dan moden

Ada 10 panduan dialog
1. untuk tujuan berubah
2.Ciri projek sisi
3.Setiap dialog mesti jujur
4.Tidak melakukan perbandingan semasa dialog
5.Setiap peserta mesti mendefinisi diri sendiri dan
6. mesti terima dgn berlapang dada
7. harus mampu mengawal diri
8.hanya mampu terjadi antara pihak yg setaraf dan
9. mampu mengambil sikap kritis
10. berusaha memahami agm dlm meletakkannya sebagai dasar

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN TAMADUN
1. Alam sekitar
2. kekeluargaan
3. Idea intelek
4.Teologi
5.Pendidikan

Ust Azmi

TUTORIAL 2 : OPERASI DAN PENGIRAAN (BAHAN MANIPULATIF) & CONGAK DAN PENGANGGARAN

Penggunaan bahan pengiraan diperlukan untuk membantu proses pembelajaran.
Guna taknologi dalam pengiraan mengikut kewajaran.
Kewujudan teknologi tidak menghilangkan kepada kemahiran pengiraan.(does not diminish)
Can support increased understanding of mathematics.
Guru perlu sbg pembimbing.

CONGAK DAN PENGANGGARAN.
Pencarian jwpn yg tepat tanpa bantuan pensel atau bahan peranti lain.
Penganggaran ialah penggunaan number sense untuk menjawab dgn jwpn yg paling hampir.
Bila diperlukan.. bila perlu jwpn yg tepat.."bila bilangan denyutan jantung anda"

By : Pn. Hasmaja...

Ahad, 11 Mac 2012

SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN

2. SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN

Pada hakikatnya usaha-usaha pengumpulan Al-Quran tidaklah dimulakan di zaman Rasulullah. Meskipun ke semua ayat-ayat Al-Quran sudah sedia tertulis di zaman baginda, tetapi tidaklah diusahakan pengumpulannya dalam suatu mashaf. Ini memandangkan bahawa ayat-ayat Al-Quran sentiasa dalam proses nuzul (turun) malah setengahnya ada yang memansukhkan ayat sebelumnya. Maka jika dikumpulkan, terpaksalah diperbaiki selalu. Jadi biarlah kesemuanya selesai diturunkan meskipun terpaksa menunggu sehingga wafatnya Nabi.

Dengan gugurnya 70 orang Huffaz (penghafaz) dalam Perang Yamamah tersebut, barulah timbul kesedaran dan keperluan buat menghimpunkannya. Atas cadangan Umar AI-Khattab yang disetujui oleh Abu Bakar, ditugaskanlah Zaid bin Thabit melaksanakan usaha-usaha pembukuannya. Demikianlah selama setahun baru dia dapat menyelesaikannya dengan cara menemui para-para Huffaz serta dari catatan-catatan. Atas inisiatif Abu Bakar itulah Ali bin Abu Talib kemudiannya berkata: “Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas Abu Bakar sebagai orang pertama yang mengumpulkan kitab Allah di antara dua Luh.”

Dengan kewafatan Abu Bakar, mashaf itu berpindah ke tangan Umar sampailah wafatnya pula. Kemudian baru disimpan oleh anaknya Hafsah yang juga isteri Rasulullah. Ini bukan sahaja kerana dia sendiri menghafalnya serta pandai pula membaca dan menulis, bahkan juga kerana belum jelas lagi siapa pengganti Umar agar dapat diserahkan naskhah itu kepadanya.

Di zaman Usman Affan, timbullah beberapa faktor yang mendorong Al-Quran disalin semula. Pernah Huzaifah Al-Yaman ketika berada di Azerbaijan dan Armenia menyaksikan pertelingkahan yang berlaku antara orang Sham dengan orang Iraq sekitar bacaan Al-Quran. Lalu dilaporkanlah kepada Usman dengan kiranya masalah itu dapat diatasi. Malah Usman sendiri pun pernah melihat kejadian yang sama, sebab itu dia berkata: “Sedangkan engkau berada berhampiran denganku bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain, maka apatah lagi mereka yang tinggal jauh dariku, sudah tentu perbalahan mereka lebih dahsyat dari kamu. Wahai para sahabat Rasulullah, berhimpunlah kamu dan tuliskan Al-Ouran untuk menjadi pedoman ikutan sekalian orang.”

Sekali lagi tugas penyusunannya diketuai oleh Zaid bin Thabit. Maka dimintalah mashaf yang disimpan oleh Hasfah sebagai sandaran. Pedomannya ditetapkan oleh Usman, iaitu hendaklah ditulis menurut loghat (dialek) kaum Quraisy, sebab Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Hasilnya lahirlah beberapa naskhah yang kemudiannya dihantar ke Makkah, Syria, Basrah, Kufah dan satu lagi disimpan oleh Usman sendiri. Dan bersama mashaf tersebut diutuskan kepada setiap wilayah itu seorang Huffaz khas untuk membetuli bacaan di dalam mashaf yang dibawanya. Oleh Usman diperintahkan agar dibakar segala mashaf peribadi yang nampaknya mendapat sokongan ramai, kecuali tentangan yang tak bertenaga dari Abdullah bin Mas’ud. Terhadap tindakan Usman ini, Ali mengatakan: “Jangan kamu mengata-ngatakan kepada Usman sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya demi Allah, segala sesuatu yang dilakukannya terhadap mashaf itu adalah dengan persetujuan dan kehendak dari kami semua”.

Mashaf Usmani ditulis tanpa tanda bacaan, jadi ia berkemungkinan dibaca dengan berbagai-bagai cara. Selama lebih 40 tahun mashaf ini dipakai oleh umat Islam, hinggalah ke zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (685-705 M) yang sejak:itu bermacam-macam kesamaran timbul mengenai bacaannya. Oleh pembesar-pembesar negeri seperti AI-Hajjaj bin Yusuf Al-Saqafy dan Ubaidullah bin Ziyad diperelokkanlah perkataan-perkataannya agar Iebih jelas serta senang difaham. Pembetulan ini dilakukannya terus-menerus, dan kemuncaknya ialah pada akhir abad ke-3 H. apabila Al-Quran dibubuh titik dan baris. Tokoh-tokoh yang terlibat ialah Abul-Aswad ad-Dualy, Yahya bin Yakmar dan Nasim bin Asim Al-Laisy. Kemudiannya disusuli oleh penulisan nama-nama surah, membahagikan Al-Quran kepada juzuk-juzuk dan sebagainya. Semuanya ini berlaku meskipun selepas wafat Nabi, namun ianya dilakukan secara tauqifi (menurut pandangan Nabi).

Pada zaman AI-Walid bin Abdul Malik (705-715 M) diperintahkannya Khalid Abi Hiyaj mencantikkan tulisannya. Mulanya hingga akhir kurun ke-4 H. dipilih seni khas gaya Kufi, tetapi kemudiannya pada awal abad ke-5 H. Iebih disukai gaya Nasakh. Mulai abad ke-6 H. (1145 M) diusahakanlah terjemahan pertama Al-Quran dalam bahasa Latin untuk keperluan Gereja Clugni, tetapi baru dapat diterbitkan pada 1543 oleh penerbitan Bibliander di Basle. Dan berdasarkan naskhah Latin inilah Al-Quran diterjemahkan ke bahasa Italy, Jerman dan Belanda. Ada pun terjemahan dalam Bahasa Melayu telah dirintis oleh Syeikh Abdur Rauf Singkel pada abad ke-17 M. di Acheh berdasarkan Tafsir Al-Baidhawi.

Dengan sejarah ringkas ini dapatlah difahamkan betapa terjaminnya keselamatan Al-Quran dari semasa ke semasa. Sejarah pembukuannya jelas, demikian juga sejarah pemeliharaannya. Tidak pernah terdapat sebarang bukti yang ada pihak yang berjaya menyebarkan Al-Quran, palsu, atau sekurang-kurangnya berjaya menyelewengkan ayat-ayat tertentu. Tiadanya penyelewengan ini dan terjaminnya keselamatan Al-Quran bukannya secara kebetulan saja, tetapi memang kerana ianya telah dipelihara oleh Allah sendiri dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami tetap memeliharanya” (Al-Hijr: 9)

Keistimewaan seperti ini tidak ada pada kitab Injil; suatu kitab yang telah mengalami banyak perubahan, baik dalam bentuk pembuangan atau penyisipan pada ayat-ayatnya. Contoh terkemuka tentang adanya perubahan ini temyata sekali pada ayat yang dikenali sebagai “Comma Johaeum” atau Tiga Kesaksian Langit: “Kerana Tiga yang menjadi saksi di syurga, iaitu Bapa dan Firman dan Ruhul-Kuddus, maka ketiganya itu menjadi satu” (St. John 5:7). Menurut Rev. Dr. Charles Francis Potter, ayat ini dianggap sebagai “a deliberate to forgony”, suatu pemalsuan yang disengajakan. Malah untuk kesemua 25 ayat dalam Fasal 21 Injil St. John itu, oleh Jemaah Penyunting The Holy Bible, Catholic ed. RSV, Nelson 1966 ditegaskan bahawa: “This chapter was added later, either by the evangelist or by a disciple,” bahawa fasal ini ditambah kemudian, sama ada dari evangelist atau oleh seorang murid. Begitu juga dalam 101 St. Mathews (15:24) dikatakan bahawa Agama Kristian hanyalah khusus buat kaum Yahudi sahaja. Tetapi ini ditolak oleh para penganut Kristian dengan mengemukakan bukti dari Injil St. Marks (16:15). Anehnya menurut Jemaah Penyunting yang sama, “it is possible that Mark did not write it,” iaitu ada kemungkinan yang Mark tidak menulisnya.

Demikianlah perbezaan besar antara sejarah Al-Quran dengan sejarah Injil; yang satu masih terpelihara keasliannya, sedangkan yang satu lagi sudah dikotori oleh tangan manusia. Dan dalam hal ini, sesungguhnya jasa Abu Bakar tidaklah ternilai.

http://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-khulafa-ar-rasyidin/

PENDIDIKAN ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN

Ahad, 4 Mac 2012

CONTOH SOALAN ULANGKAJI UAK WAJ 3105 (Soalan 2011 dalam B. Melayu)

1 (a) (i) Terdapat dua kategori masalah dalam mata pelajaran Matematik, iaitu
rutin dan masalah bukan rutin. Nyatakan maksud masalah bukan rutin.

___________________________________________________________

[2 Marks]


(Ii) "Penyelesaian masalah dengan bermula dengan data atau penyata akhir". Kenyataan ini adalah yang terbaik merujuk kepada salah satu strategi dalam menyelesaikan masalah. Nyatakan strategi yang mungkin dan memberi contoh soalan

Stategy :____________________________________________________

Contoh :___________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[4 Markah]



(B) Dalam bilik dengan 5 orang, semua orang berjabat tangan dengan orang lain betul-betul sekali. Berapa banyak tangan shake berada di sana?

Dari masalah yang diberikan di atas, cadangkan dua strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

[2 markah]






2 (a) Murid-murid digalakkan untuk membina pelbagai strategi tidak formal.
Berkebolehan menggunakan kaedah mental dan strategi tidak rasmi menunjukkan
keyakinan dengan nombor.

Kira masalah berikut:

"A pen kos 1,99 RM. Apakah kos 6 pen? "

i) Dengan menggunakan 'pensil dan kaedah kertas'







[2 markah]

ii) Dengan menggunakan kaedah mental atau tidak formal '(menulis semua
langkah-langkah)







[2 markah]

b) Negeri dua tidak sesuai menggunakan kalkulator di sekolah rendah.

___________________________________________________________


___________________________________________________________


___________________________________________________________
[2 markah]
(C). Kadang-kadang kita perlu untuk melakukan anggaran kasar dalam kehidupan seharian kita.

Anggarkan pengiraan berikut: 349 ÷ 69


_________________________________________________________
[2 markah]
3. Dalam topik "ukuran" murid belajar untuk mengukur dengan membuat perbandingan langsung panjang, massa dan lain-lain sebelum mereka belajar bagaimana untuk menggunakan unit standard bukan seragam.

(A) Bagaimana anda boleh membandingkan jisim sekeping kertas A4 dan senaman
buku


________________________________________________________

[2 markah]

(B) (i) Berikan dua contoh unit bukan piawai yang digunakan bagi setiap
ukuran berikut:

Length: _____________________________________________

Mass: ______________________________________________


[2 markah]

(Ii) Tulis semua ukuran hilang dalam Jadual 1 di bawah dengan
menukar unit jisim.

g kg
250
0,15
3570
4,5

Jadual 1

[2 markah]

(C) Cadangkan dua cara untuk menggunakan penggaris yang betul apabila mengambil ukuran dalam
unit standard

(I) _____________________________________________________

_____________________________________________________

(Ii) _____________________________________________________

_____________________________________________________
[2 markah]

4. Kanak-kanak menghadapi jenis perbezaan cabaran apabila berurusan dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan bentuk dan aktiviti-aktiviti angkasa seperti classifiying, de








(I) Kelaskan bentuk berikut yang diberikan di dalam kotak ke dalam prisma dan bukan prisma.

Prisma Bukan-Prism








[2 markah]


5. (A) Rajah 1 menunjukkan carta pai bagi gred matematik yang diperolehi oleh 24 murid-murid di dalam kelas.



Rajah 1


(I) Kirakan sudut sektor C







(2 markah)

(Ii) Bagaimana anda melukis carta bar dari data yang diberikan dalam 1 angka
(Nyatakan langkah-langkah yang)







(3 markah)




(B). (I) Bagaimana anda mencari median bagi data berikut:
(Negeri langkah-langkah yang anda ambil)
5, 8, 3, 10, 7, 9, 12






(2 markah)


(Ii) Apabila anda menjawab ujian objektif anda, terdapat 4 pilihan berganda diberikan A, B, C, D. Terangkan mengapa kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang betul?




(1 markah)

Sabtu, 3 Mac 2012

KONSEP KKBI

-satu sistem pelaksanaan taksiran melaui komponen kerja kursus secara
berstruktur.
-bertujuan untuk mentaksir penguasaan dan apencapaian pelajar dalam aspek
pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, pemindahan pembelajaran,
amalan kolaborasi serta penghayatan nilai dan sahsiah keguruan.

Objektif KKBI
1. membimbing pelajar dalam proses pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu
dan kemahiran serta pemindahan pembelajaran berdasarkan kehendak
sukatan pejaran.
2. menghubungkaitkan teori dan praktis melalui pengalaman dan refleksi
kendiri pelajar dalam konteks sebenar di sekolah untuk meningkatkan
ketrampilan pedagogi.
3. meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses
maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan
mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna.
4. menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan
perkembangan intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi
(Higher Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought).
5. mempunyai kemahiran mencari makna daripada pengalaman pelajar
sendiri, mencari kebenaran dalam pegangan, pengetahuan dan
tindakannya bagi meningkatkan kualiti diri dan kehidupan, seterusnya
menjadi pengamal refleksi.
6. menjadikan pelajar seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan
berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsah pendidikan Guru.

Khamis, 1 Mac 2012

MENJEJAK TAHAP PROFESIONAL DALAM BIDANG PERGURUAN

Pada tarikh 11 Feb yang lalu, diri ini dan lebih kurang 30 000 lagi insan guru yang masih berstatus guru bukan siswazah di serata ceruk malaysia, telah mendaftarkan diri selaku mahasiswa PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi Kohort Kedua..

" Continue study? " penting ke? setelah dinilai , disaring.. memang penting... tuntutan semasa.. atas sebab laluan bidang masih panjang menjelang usia persaraan, jadi manfaatkan peluang ini untuk meningkatkan tahap kemahiran dlm bidang ini..

Setelah berkuliah/bertutorial kali pertama pada 25 Feb lalu, jalan berliku ini menuntut diri ini bijak menyusun masa untuk membolehkan "ada masa" untuk study, KKBI dsb..disamping rutin wajib lain turut tidak terabai...moga PIM 1L PPGKSAH mampu mengolah semangat untuk terus berjuang selama lebih kurang 4 tahun kedepan ini... PROFESIONAL SELAKU MUALLIM dan MUADDIB YG SEBENAR...

Ya Allah permudahkanlah segala-galanya...